Langkau ke kandungan
Hostsinimoalat hosting Malaysia

Tentang Hostsinimo

Hostsinimo ialah projek alat hosting dan perkhidmatan laman web oleh Thalhah: dibina dan dijaga sendiri, di Malaysia, untuk pemilik laman yang bukan jurutera pelayan.

Kenapa laman ini wujud

Kebanyakan maklumat tentang hosting ditulis oleh pihak yang menjualnya. Harga promosi tahun pertama dipaparkan besar, harga pembaharuan disorok, dan had sebenar pelan hanya ditemui selepas laman tersekat. Hostsinimo bermula sebagai alat yang saya sendiri guna untuk menjaga laman pelanggan, kemudian dibuka kepada sesiapa sahaja, percuma, tanpa daftar dan tanpa iklan.

Siapa yang menulis

Saya Thalhah. Saya memindahkan, mengoptimumkan dan menjaga hosting untuk pemilik perniagaan kecil. Semua panduan di laman ini ditulis berdasarkan kerja itu: masalah yang benar-benar berlaku pada laman sebenar, dan langkah yang saya sendiri ikut untuk membaikinya. Kerja dan projek saya yang lain ada di thalhah.my.

Cara kami menulis panduan

Cara kami menyemak harga

Halaman harga mengambil harga daripada halaman awam vendor sekali sehari, dan merekodkan tarikh setiap semakan. Kami mematuhi robots.txt: jika vendor melarang pemeriksaan automatik, kami tidak memintasnya, dan vendor itu disenaraikan tanpa harga. Kami tidak mereka angka bila corak harga tidak dijumpai.

Pautan affiliate

Sebahagian pautan hosting di laman ini ialah pautan affiliate, ditandakan dengan rel="sponsored". Jika awak membeli melalui pautan itu, saya mungkin menerima komisen tanpa sebarang tambahan kos kepada awak. Komisen tidak mengubah penilaian, susunan senarai atau harga yang dipaparkan. Pendapatan ini membantu memastikan alat semak kekal percuma.

Privasi alat semak

Alat semak tidak memerlukan akaun dan tidak menyimpan senarai domain yang disemak dalam pangkalan data. Untuk mengelakkan penyalahgunaan, bilangan semakan dihadkan bagi setiap alamat IP. Seperti kebanyakan pelayan web, log akses standard merekodkan permintaan untuk tujuan keselamatan.

Hubungi

E-mel sahaja: hello@hostsinimo.my. Nyatakan nama laman, masalah, dan apa yang awak mahu dicapai. Biasanya dibalas dalam 1-2 hari bekerja. Jika awak jumpa kesilapan dalam mana-mana panduan, beritahu saya, dan ia akan dibetulkan dengan tarikh kemas kini.