Langkau ke kandungan
Hostsinimoalat hosting Malaysia

Alat semak hosting percuma

Alat yang saya sendiri guna setiap kali laman pelanggan bermasalah. Semua semakan dijalankan dari pelayan kami, jadi awak nampak apa yang pelawat sebenar nampak.

Semak laman web hidup atau down

Semak status HTTP, rantaian ubah hala, dan berapa lama pelayan menjawab.

Semak rekod DNS domain

Rekod A, AAAA, MX, TXT, NS dan CNAME untuk satu domain, serta-merta.

Semak sijil SSL laman web

Tarikh luput, penerbit, dan rantaian sijil. Elak laman ditanda "tidak selamat".

Ujian kelajuan laman web (TTFB)

Pecahan masa: sambungan, TLS, jawapan pertama, dan jumlah muat turun.

Semak propagasi DNS

Bandingkan jawapan dari empat pelayan DNS awam, sesuai selepas tukar DNS.

Semak SPF, DKIM dan DMARC domain

MX, SPF, DMARC dan DKIM sekali gus. Tahu kenapa e-mel masuk spam.

Semak tarikh luput domain

Tarikh luput, pendaftar, status dan nameserver melalui RDAP/WHOIS.

Semak senarai hitam e-mel (blacklist)

Adakah IP laman atau pelayan e-mel awak tersenarai dalam senarai spam?

Semak ubah hala dan pengepala keselamatan

Rantaian ubah hala http ke https, dan pengepala keselamatan HSTS, CSP dan lain-lain.

Penjana rekod SPF dan DMARC

Tanda perkhidmatan e-mel awak, salin rekod SPF dan DMARC yang siap.

Urutan semakan bila laman bermasalah

  1. Laman hidup? Pastikan sama ada laman down untuk semua orang. Lihat kod status HTTP.
  2. Semak DNS. Jika sambungan gagal, pastikan rekod A menghala ke IP hosting yang betul.
  3. Semak SSL. Jika pelawat nampak amaran keselamatan, lihat tarikh luput dan nama pada sijil.
  4. Ujian kelajuan. Jika laman hidup tetapi perlahan, lihat TTFB untuk tahu sama ada pelayan yang lambat.
  5. Propagasi DNS. Jika awak baru berpindah hosting, semak sama ada perubahan sudah dilihat di seluruh internet.

Penerangan langkah demi langkah ada dalam panduan laman web down.

Soalan lazim

Adakah alat ini percuma?

Ya. Tiada daftar, tiada iklan, tiada had bayaran. Untuk mengelakkan penyalahgunaan, setiap alamat IP dihadkan kepada 30 semakan sejam.

Adakah domain yang saya semak disimpan?

Kami tidak menyimpan senarai domain yang disemak dalam pangkalan data. Seperti kebanyakan pelayan web, log akses standard pelayan merekodkan permintaan untuk tujuan keselamatan dan penyelesaian masalah.

Kenapa keputusan berbeza dengan apa yang saya nampak?

Semakan dibuat dari pelayan kami, bukan dari peranti awak. Itu sebenarnya kelebihannya: ia menunjukkan apa yang dunia nampak, tanpa cache, DNS atau rangkaian tempatan awak.

Alat mana patut saya guna dahulu?

Jika laman tidak boleh dibuka, mulakan dengan laman hidup?. Jika gagal sambung, teruskan ke semak DNS. Jika amaran keselamatan, guna semak SSL.