Kod status HTTP
Ralat 504 Gateway Timeout
Aplikasi di belakang pelayan perantara terlalu lambat menjawab sehingga tamat masa.
Ralat 504 bermaksud pelayan depan menunggu jawapan daripada aplikasi, dan berputus asa selepas had masa. Aplikasi mungkin masih berjalan, tetapi terlalu lambat.
Punca biasa
- Pertanyaan pangkalan data yang sangat perlahan.
- Plugin yang memanggil API luar yang tidak menjawab.
- Tugas berat (import, eksport, sandaran) dijalankan melalui pelayar.
- Pelayan kekurangan sumber dan setiap permintaan beratur.
Cara membaiki (untuk pemilik laman)
- Kenal pasti halaman yang lambat; semak log perlahan pangkalan data.
- Nyahaktifkan plugin yang memanggil perkhidmatan luar satu per satu.
- Jalankan tugas berat melalui cron atau baris arahan, bukan pelayar.
- Hidupkan cache halaman dan objek.
Jika awak pelawat
Cuba lagi selepas seketika. Jika berlaku pada halaman yang sama setiap kali, beritahu pemilik laman.
Semak sekarang
Ujian kelajuan laman web (TTFB)
Pecahan masa: sambungan, TLS, jawapan pertama, dan jumlah muat turun.
Semak laman web hidup atau down
Semak status HTTP, rantaian ubah hala, dan berapa lama pelayan menjawab.
Panduan penuh: Kenapa laman web lambat? Cara cari punca sebenar sebelum tukar hosting
Soalan lazim
Patutkah saya naikkan had masa (timeout)?
Hanya sebagai langkah sementara. Menaikkan had masa menyembunyikan masalah; pelawat masih perlu menunggu. Baiki punca kelambatan.