Langkau ke kandungan
Hostsinimoalat hosting Malaysia

Semak tarikh luput domain

Laman hidup? Semak DNS Sijil SSL Masa muat Propagasi DNS Semak e-mel Luput domain Senarai hitam Ubah hala & pengepala Penjana SPF/DMARC

Domain yang luput mematikan laman dan e-mel serentak. Ia lebih kerap berlaku daripada yang disangka: kad kredit tamat tempoh, atau peringatan dihantar ke e-mel bekas pekerja. Alat ini membaca rekod pendaftaran domain daripada pendaftar melalui RDAP, protokol moden pengganti WHOIS, dan menggunakan WHOIS jika RDAP tidak tersedia.

Apa yang alat ini tunjukkan

Apa berlaku bila domain luput

Butirannya berbeza mengikut pendaftar dan sambungan domain, tetapi corak umumnya begini:

  1. Tempoh tangguh: laman dan e-mel mungkin berhenti, tetapi domain masih boleh diperbaharui pada harga biasa.
  2. Tempoh tebus (redemption): domain masih boleh diselamatkan, biasanya dengan bayaran tebusan yang jauh lebih tinggi.
  3. Dilepaskan: domain boleh didaftarkan oleh sesiapa sahaja, termasuk pihak yang memburu domain luput untuk dijual semula.

Jangan bergantung pada tempoh tangguh. Semak syarat pendaftar awak sendiri.

Tiga tabiat yang mengelakkan kehilangan domain

Untuk pendaftaran domain Malaysia: cara daftar domain .my dan .com.my.

Soalan lazim

Bagaimana nak tahu bila domain saya luput?

Masukkan domain di alat ini. Tarikh luput dibaca daripada rekod pendaftar melalui RDAP atau WHOIS.

Kenapa nama pemilik tidak dipaparkan?

Kebanyakan pendaftar kini menyembunyikan maklumat peribadi pemilik atas sebab privasi. Alat ini hanya memaparkan maklumat pendaftaran umum.

Apa beza RDAP dan WHOIS?

Kedua-duanya memberikan maklumat pendaftaran domain. WHOIS ialah protokol lama dengan format teks yang berbeza bagi setiap pendaftar. RDAP ialah penggantinya yang moden, dengan format data yang seragam.

Domain .my saya tidak menunjukkan tarikh luput. Kenapa?

Sesetengah pendaftar atau pendaftaran tidak mendedahkan semua medan melalui RDAP atau WHOIS awam. Semak terus di panel pendaftar domain awak.

Panduan berkaitan

Cara daftar domain .my dan .com.my: beza, syarat dan perkara yang perlu disemak

Beza domain .my, .com.my dan .com untuk perniagaan Malaysia, dokumen yang biasanya diperlukan, cara memilih pendaftar, dan kesilapan yang menyebabkan domain hilang.

Laman web down? Apa perlu buat dalam 15 minit pertama

Langkah tenang untuk mengenal pasti punca laman web tidak boleh dibuka: DNS, SSL, pelayan atau laman sendiri. Termasuk maksud kod ralat 403, 404, 500, 502, 503 dan 504.

Apa itu DNS? Rekod A, CNAME, MX, TXT dan NS dalam bahasa mudah

DNS diterangkan untuk pemilik laman: apa setiap rekod buat, rekod mana yang perlu diubah bila tukar hosting, dan kesilapan yang paling kerap merosakkan e-mel.

Pilihan hosting

Shinjiru: hosting Malaysia

Kalau semakan ini menunjukkan laman anda perlukan pelayan yang lebih pantas atau sokongan tempatan, ini yang saya sendiri gunakan.

Lihat pelan Shinjiru