H Hostsinimoalat hosting Malaysia

← Semua panduan

Bila hosting perlu ditukar - dan bila tidak | Hostsinimo

Tanda-tanda sebenar yang bermakna awak perlu tukar hosting, dan tanda-tanda yang sebenarnya masalah laman, bukan pelayan.

Oleh Thalhah · 6 minit bacaan

Saya selalu menerima soalan ini daripada pemilik laman: "hosting saya teruk, patut saya tukar?" Jawapan saya hampir selalu sama — belum tahu lagi. Dalam banyak kes yang saya tangani, masalahnya bukan pelayan. Masalahnya ada pada laman itu sendiri. Menukar hosting dalam keadaan begitu hanya memindahkan masalah lama ke rumah baru, dan awak akan kehilangan masa, wang, serta beberapa hari laman tidak stabil.

Panduan ini bukan untuk menjual hosting. Ia untuk membantu awak memutuskan berdasarkan bukti, bukan perasaan.

Tanda sebenar masalah pelayan

Nota penting: satu kejadian bukan corak. Saya kumpul sekurang-kurangnya dua hingga tiga minggu rekod sebelum membuat kesimpulan.

Tanda yang bukan masalah pelayan

Ini bahagian yang paling ramai orang tersalah tuduh. Sebelum awak hubungi sokongan atau mula mencari hosting baru, periksa senarai ini.

Cara mengesahkannya: buang atau matikan satu perkara, kemudian ukur semula. Buang plugin yang tidak digunakan, mampatkan imej, hidupkan kache, kemudian jalankan semakan kelajuan semula dalam mod penyamaran. Kalau masa muat turun dengan ketara, masalahnya bukan hosting. Kalau angkanya hampir sama, barulah awak ada alasan untuk syak pelayan.

Cara mengukur dengan jujur

Awak tidak perlu jadi jurutera untuk ini. Ada alat semak percuma yang mengukur masa muat dari lokasi berbeza. Beberapa perkara yang saya pegang apabila membaca hasilnya:

Untuk rekod jangka panjang, saya cadangkan simpan keputusan dalam helaian mudah: tarikh, angka, dan apa yang berubah. Awak boleh semak laman awak sendiri guna semakan masa muat dan semakan status hidup untuk melihat sama ada laman benar-benar turun atau hanya perlahan.

Bila naik taraf dalam hosting yang sama lebih bijak

Kalau awak dapati masalahnya memang kapasiti — CPU atau memori selalu mencapai had, trafik meningkat, atau awak sudah keluar dari pelan perkongsian biasa — memindahkan laman ke pelayan baru yang sama besar tidak akan membantu. Yang awak perlukan ialah ruang lebih, bukan alamat baru.

Naik taraf dalam hosting yang sama biasanya lebih bijak apabila:

Naik taraf tidak memerlukan penyandaan dan penyediaan lama. Ia juga tidak mengubah susunan DNS awak. Ini sering menjadi pilihan yang paling sedikit risikonya.

Bila benar-benar perlu berpindah

Saya rasa berpindah itu wajar apabila beberapa perkara ini berlaku serentak:

  1. Laman turun berulang dalam tempoh yang panjang, dan sokongan tidak dapat memberi penjelasan yang masuk akal.
  2. E-mel perniagaan selalu gagal sampai, walaupun tetapan awak betul.
  3. Had pelan sudah dinaikkan, tetapi masalah yang sama kembali.
  4. Sokongan mengambil masa berhari-hari untuk membalas perkara yang menghentikan perniagaan awak.

Sebelum berpindah, sediakan ini dahulu. Jangan mula tanpa kesemuanya.

Setelah pindah, propagasi DNS boleh mengambil masa sehingga kira-kira dua hari dalam kebanyakan kes. Awak boleh memantau proses ini dengan semakan propagasi DNS supaya tidak tertanya-tanya sama ada pindahan itu gagal. Untuk langkah penuh, saya sudah tulis panduan pindah hosting tanpa laman turun.

Kesilapan biasa

Kalau awak benar-benar perlukan hosting tempatan untuk bermula, pilihan hosting Malaysia untuk pemula boleh menjadi salah satu titik mula. Tetapi jangan beli apa-apa sebelum awak menjawab persoalan dalam panduan ini.

Nasihat penutup

Susunan yang saya cadangkan selalu sama: baiki dahulu, ukur, kemudian putuskan. Baiki imej, plugin, dan kache dahulu. Ukur semula, dan tulis angkanya. Kalau masalah masih ada selepas itu, barulah awak tahu awak sedang mengukur pelayan, bukan laman. Ketika itu, berpindah menjadi keputusan yang jelas dan bukan spekulasi. Kalau awak mahu membaca panduan lain, semuanya ada di senarai panduan.

Perlukah bantuan mengendalikannya?

Saya memindahkan, mengoptimumkan dan menjaga hosting untuk pemilik perniagaan kecil. E-mel: hello@hostsinimo.my

Panduan lain

Beza shared hosting, VPS dan pelayan khas - dan yang mana awak perlukan

Perbezaan sebenar tiga jenis pelayan, kos tersembunyi, dan cara memilih berdasarkan apa yang laman awak buat - bukan berdasarkan iklan.

Cara memilih hosting di Malaysia: senarai semak sebelum awak membayar

Lapan perkara yang patut disemak sebelum membayar mana-mana hosting di Malaysia: sokongan, lokasi pelayan, pembaharuan, sandaran dan had tersembunyi.

Cara pindah hosting tanpa laman turun

Langkah demi langkah memindahkan laman dan e-mel ke hosting baharu tanpa waktu henti - termasuk apa yang selalu terlepas pandang.

WordPress atau laman statik? Kos sebenar tiga tahun

Perbandingan jujur antara WordPress dan laman statik: bukan sahaja harga hosting, tetapi masa, keselamatan dan kos menyelenggara.